Grapes
 

Idea Menarik


Semua Orang Gemar Anggur Segar dari California.

Anggur adalah snek segera, menyenangkan dan digemari ramai.  Bilas anggur, isi dalam bekas kecil untuk snek dan simpan dalam peti sejuk supaya boleh diambil dengan cepat dan mudah untuk dimakan sebagai snek.  Sejuk bekukan anggur dengan tangkainya atau tanpa tangkai untuk dimakan sejuk sebagai alternatif kepada aiskrim.

Anggur adalah cara yang lazat untuk menjaga kesihatan.  Pakar penyelidikan di seluruh dunia sedang mencari kaitan antara pengambilan anggur segar dan pencegahan penyakit seperti kanser dan sakit jantung.

Anggur adalah ramuan serba guna.  Warna yang menarik dan kelazatan rasanya menjadikan anggur dari California tambahan yang menarik kepada sajian keluarga anda.  Ia boleh menambah warna kepada salad, manisan pencuci mulut, sos dan juga piza, dan menjadikan sajian ini lebih berjus, manis dan rangup.

Anggur boleh dijadikan minuman yang menyegarkan.  Sungguh mudah untuk membuat jus anggur anda sendiri.  Kisar dan tapis, atau kisar bersama ais untuk mendapatkan tekstur lebih pekat.  Tetamu anda pasti terpukau dengan rasanya yang sejuk dan segar.  Lazat diminum begitu sahaja atau dicampur dalam minuman koktel.

Anggur adalah makanan kudapan warisan sejarah.  Penduduk California telah menanam anggur selama lebih dua abad.  Kini, kebanyakan pekebun anggur segar California terdiri daripada keluarga pekebun, yang mewarisi tanah dan perniagaan daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun.  Mereka mengekalkan tradisi dan menjaga tanah mereka untuk generasi yang akan datang.

Anggur dipilih dengan teliti.  Setiap gugusan anggur segar dari California dipetik dengan tangan daripada pokok yang ditanam dan dijaga dengan rapi.  Buah anggur ini diperiksa dengan rapi bagi memastikan hanya buah anggur yang terbaik dihantar ke kedai anda.

 

Grapes images